2/7/2021 8:31 AM
Assalamualaikum..
Ya sakit nya bila ditalak, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Mampu meratap setiap hari, menangis la meraung la macam mana, kalau dia taknak rujuk taknak la. aku taktahu nak buat apa, aku sedih kecewa dan taktahu segala rasa yang ada. Aku hanya ada sini je tempat nak meluah sebab takde orang baca.
aku berharap kau bagi peluang dekat aku dan percaya aku mampu berubah untuk menjadi seorang yang lebih baik dari semalam. Aku minta kau percaya sahaja. Aku tak mampu jaga anak sorang, dengan keadaan emosi aku naik turun, emosi aku tidak stabil, kadang aku rasa macam nak terjun sebab dah taktahu nak buat apa, tapi sekarang aku fikir semua sebab anak, kalau aku buat macam tu siapa nak jaga anak aku? Aku tak kuat seperti orang perkatakan. Hanya Allah je yang tahu betapa lemahnya diri aku ni.
aku takde sesiapa nak bercerita, aku sedang cuba redha dengan apa yang telah terjadi. Aku cuba tapi tak mudah. Macam macam aku buat untuk tidak berfikir akan hal perpisahan ini, tapi tak pernah stop. Aku buntu sangat-sangat. Aku message call dia tak angkat. Aku taktahu nak buat apa dah. Aku hanya berserah dekat Allah hanya dia sebaik-baik perancang. Aku sedang cuba untuk Redha. Jika ini jalan hidupku, aku kena terima dengan hati yang terbuka,
Makin hari makin sedih. Aku cuba untuk tidak sedih tapi perasaan itu tetap datang.